Monday, November 10, 2008

PENDIDIKAN SENI VISUAL

DEFINISI MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang ,struktur, imbangan dan kestabilan. Bidang ini juga memperkenalkan murid kepada pelbagai bahan. Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat pemerhatian dan penerokaan terhadap sesuatu objek yang terdapat di sekeliling mereka. Ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna.

MEMBENTUK
a) Membuat sesuatu objek dengan menggunakan bahan yang belum ada bentuk atau rupa yang tertentu
b) Pembentukan bahan dilakukan melalui pelbagai teknik, misalnya picitan, lipatan dan potongan.
c) Contoh teknik membentuk
· kraf mudah
· bahan untuk mobail
· topeng
· boneka
· origami

No comments: