Monday, November 10, 2008

PENDIDIKAN SENI VISUAL

DEFINISI MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang ,struktur, imbangan dan kestabilan. Bidang ini juga memperkenalkan murid kepada pelbagai bahan. Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat pemerhatian dan penerokaan terhadap sesuatu objek yang terdapat di sekeliling mereka. Ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna.

MEMBENTUK
a) Membuat sesuatu objek dengan menggunakan bahan yang belum ada bentuk atau rupa yang tertentu
b) Pembentukan bahan dilakukan melalui pelbagai teknik, misalnya picitan, lipatan dan potongan.
c) Contoh teknik membentuk
· kraf mudah
· bahan untuk mobail
· topeng
· boneka
· origami

KURA-KURA










Saiz kura-kura berbeza dari beberapa sentimeter sehingga dua meter. Pada kebiasaannya kura-kura mempunyai tempoh hayat yang panjang dan hidup lama, sesetengah kura-kura diketahui hidup selama melebihi 150 tahun.Kura-kura pertama telahpun wujud pada era dinosaur, kira-kira 200 juta tahun dahulu. Kura-kura merupakan satu-satunya cabang dari "clade Anapsida" silam, yang termasuk kumpulan seperti procolophonoids, millerettids dan pareiasaurs. Kebanyakan anapsids menjadi pupus pada akhir tempoh Permian, kecuali procolophonoids dan susur-galur testudines (kura-kura).Kesemua kura-kura, samaada yang masih hidup atau telahpun pupus merupakan dari susunan Chelonia, termasuk super susunan Testudines.




PROSES MENGHASILKAN REPLIKA KURA-KURA

1. Melukis bahagian kaki, ekor dan kepala kura-kura di atas kertas lukisan.
2. Lukis bulatan di atas pinggan kertas.
3. Lukis corak mozek atau gunting dengan menggunakan kertas warna.
4. Gam pada pinggan kertas mengikut susunan mozek.
5. Gamkan bahagian kaki, kepala dan ekor kura-kura.
6. Gunakan pen penanda bagi membentuk mulut dan matanya.